
|
Tips : Cara Menarik Pembaca
Saturday, September 8, 2012 • 8:11 PM • 0 comments \\Assalamualaikum//Harini saya merajinkan diri untuk bagi sikit tips memandangkan harini cuti. Weee :D *tepuk tangan* Sebelum tu, tips ni from Sis Lyssa. Credits for this cute blogger. ^^ Ok kita teruskan sebelum saya melalut jauh '-' Ehemm. Okay, macam mana nak tarik pembaca baca blog korang tu? Kata Sis Lyssa, "Kita buat blog sebenarnya untuk menyampaikan informasi kepada pembaca bukan buat blog hanya untuk santapan mata kita seorang je" See? Kalau nk private tu baik beli diari kat Cowboy je kan? Senang, jaga je diari tu elok elok ;) Okay, so sekarang blog korang tak ramai pembaca? Korang nak pembaca? Okay, ni sikit tips dari sis lyssa. "Tajuk yang SUPER" Tajuk memainkan peranan yang amat penting dalam satu satu entri tu. Kenapa penting? Sebab tajuk yang kreatif akan tarik pembaca baca blog korang. Cuba korang bayangkan tajuk dia "Makanan kegemaran saya" Mesti korang fikir dua tiga kali kan nak baca? Kalau tajuk dia "Chicken Chop paling sedap wa penah makan" mesti korang rasa nak baca kan? Tajuk tu pun dah buat semua orang nak baca. Tapi janganlah tajuk Super, tapi cerita takde kaitan. Tu pun tak boleh jugak. "Ayat disusun rapi" Ok. Ayat memang kena susun rapi lah kan? Sebab kalau korang tulis ayat macam ni : "Aq gilew ske blog aq sebab blog aku len dr yg len"Korang nak baca ke blog macam tu? Haha. Memang pening nak baca kan? Sorry lah kalau ada yang tulis macam tu tapi maybe korang kena ubah kot cara korang menulis tu. Saya pun kalau baca semula entri saya yang lepas lepas, memang ayat fail lah, Hahah. Tergelak sorang sorang. Korang kena ingat jugak yang pembaca bukannya remaja saja. Pelbagai golongan umur. Kalau boleh tak payahlah tulis singkatan. OK? ;) "Entri yang bermanfaat" Entri pun kenalah yang bermanfaat. Maybe korang boleh post entri pasal apa yang berlaku sekeliling korang. Barulah pembaca tercari cari blog korang nak tahu apa yang berlaku sekarang. Korang pun boleh buat Tutorial ke, Tips ke. Barulah best. So sambil baca entri korang tu bolehlah pembaca jenguk jenguk Tutorial/Tips korang tu. Saya pun sebenarnya tengah try tips nih. Saja nak share dengan korang. Harap korang try lah tips nih. Sorry kalau korang terasa ;) Bye, nanti kalau rajin saya hap-date lagi... ;)
|
Hello !
![]()
Anon [s]
Shout !
Credits !
Skin : Anggizta
Edited by : Nadhirah
Best View : Google View
All rights reserved ® Nur Nadhirah Alluwi 2013.
|